Kisah Penciptaan Tubuh Rasulullah
Ka’ab al Ahbaar radhiy-Allahu ‘anhu mengatakan, “Ketika
Allah SWT menginginkan untuk menciptakan Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam,
Ia memerintahkan Malaikat Jibril untuk membawa kepada-Nya tanah liat yang
menjadi jantung dari bumi, yang menjadi kemegahan dan cahayanya. Jibril pun
turun, ditemani beberapa malaikat dari Tempat Tertinggi di Surga. Ia mengambil segenggam tanah untuk penciptaan Nabi sall-Allahu ‘alaihi
wasallam dari suatu tempat yang kini menjadi makam suci beliau sall-Allahu
‘alaihi wasallam; tanah itu berkilau putih cerah. Kemudian ia meramas dan
mengadun tanah itu dengan air ciptaan terbaik dari Air Terjun Syurgawi Tasniim,
yang berada dalam sungai-sungai jernih yang mengalir di Syurga. Ia mengaduninya
sampai tanah itu menjadi suatu mutiara putih dengan pancaran warna putihnya
yang cemerlang. Para malaikat membawanya, mengelilingi ‘Arasy Syurgawi dan
gunung-gunung dan samudera. Dengan begitu, para malaikat dan seluruh makhluq
menjadi tahu akan keberadaan junjungan kita Muhammad sall-Allahu ‘alaihi
wasallam dan kehormatan beliau; sebelum mereka mengetahui Adam.”
Ibn ‘Abbas radhiy-Allahu ‘anhumengatakan, “Asal
usul dari tanah liat Nabi Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam adalah dari
pusat bumi, di Makkah, di titik di mana Ka’bah berdiri. Kerana itu pula,
Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam menjadi asal usul penciptaan, dan semua
makhluq ciptaan adalah pengikut-pengikut beliau.”
Pengarang Awarif al Ma’arif [al-Suhrawardi],
berkata bahawa ketika Banjir meluap, menebarkan buih ke seluruh penjuru, esensi
dari Nabi sall-Allahu ‘alaihi wasallam berhenti hingga ke suatu tempat di dekat
tanah kubur beliau di Madinah, sehingga beliau sall-Allahu ‘alaihi wasallam
menjadi seseorang yang termasuk dalam Makkah mahupun Madinah.
Diriwayatkan bahawa ketika Allah Subhanahu Wa
Ta’ala menciptakan Adam ‘alaihissalam, Ia Subhanahu Wa Ta’ala mengilhamkan
kepada Adam untuk bertanya, “Wahai Tuhan, mengapakah Engkau memberiku nama
panggilan, Abu Muhammad (ayah dari Muhammad)?” Allah menjawab, “Wahai Adam,
angkat kepalamu.” Adam pun mengangkat kepalanya dan ia melihat cahaya dari
Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam dalam kubah ‘Arsy. Adam kemudian bertanya
lagi, “Wahai Tuhan, cahaya apakah ini?” Allah menjawab, “Ini adalah cahaya dari
seorang Nabi keturunanmu. Namanya di Syurga adalah Ahmad, dan di Bumi namanya
Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam. Jika bukan demi dirinya, tentu Aku tidak
akan menciptakan dirimu, tidak pula Langit, tidak pula Bumi.”
‘Abd al-Razzaq meriwayatkan, dari Jabir bin
‘Abdullah radhiy-Allahu ‘anhu, bahawa ia berkata, “Ya RasulAllah, semoga ayahku
dan ibuku dikorbankan demi dirimu, ceritakan padaku tentang hal pertama yang
Allah ciptakan, sebelum yang lain-lainnya.” Beliau menjawab, “Wahai Jabir,
Allah menciptakan, sebelum apa pun yang lain, cahaya Nabimu dari cahaya-Nya.
Cahaya itu mulai bergerak ke mana pun Allah kehendaki dengan Qudrat Ilahiah
Allah. Pada saat itu belum ada Tablet (Lauh) belum pula Pena; belum ada Syurga
mahupun Neraka, tidak ada malaikat; tidak ada Langit, tidak pula Bumi; tak ada
Matahari mahupun Bulan, tak ada Jinn ataupun manusia. Ketika Allah ingin untuk
menciptakan makhluq-Nya, Ia membagi cahaya itu menjadi empat bagian. Dari
bagian pertama, Ia menciptakan Pena, dari yang kedua, Tablet (Lauh), dan dari
yang ketiga, ‘Arasy. Kemudian, Ia membahagi bahagian keempat menjadi empat
bahagian: bahagian pertama membentuk para pembawa ‘Arasy, bahagian kedua
menjadi penunjang kaki ‘Arasy, dan dari bahagian ketiga Ia menciptakan
malaikat-malaikat lainnya. Ia kemudian membahagi bahagian keempat menjadi empat
bahagian lagi: Ia menciptakan langit dari bahagian pertama, bumi-bumi dari
bahagian kedua, Syurga dan Neraka dari bahagian ketiga. Kemudian Ia membahagi
lagi bahagian keempat sisanya menjadi empat bahagian: menciptakan cahaya firasat
orang-orang beriman dari bahagian pertama, cahaya kalbu-kalbu mereka(iaitu
ma’rifat Allah) dari bahagian kedua, dan dari bahagian ketiga Ia ciptakan
cahaya kesenangan dan kegembiraan (Uns, iaitu Laa ilaha illa Allah, Muhammadun
Rasuulullah).
Suatu riwayat lain dari ‘Ali ibn Al-Husain radhiy-A
llahu ‘anhu dari ayahnya [iaitu Husain ibn 'Ali ibn Abi Talib, peny.]
radhiy-Allahu ‘anhu, dari datuknya [iaitu 'Ali ibn Abi Talib] karram-Allahu
wajhahu, dari Nabi sall-Allahu ‘alaihi wasallam yang bersabda, “Aku adalah
suatu cahaya di hadapan Tuhanku, empat belas ribu tahun sebelum penciptaan
Adam.” Telah pula diriwayatkan bahawa ketika Allah menciptakan Adam
‘alaihissalam, Ia Subhanahu Wa Ta’ala menaruh cahaya itu di punggung Adam, dan
cahaya itu biasa berkilau dari bahagian depannya, menelan seluruh sisa
cahayanya. Kemudian Allah menaruh cahaya itu ke ‘Arasy Kekuasaan-Nya, dan
memerintahkan malaikat-malaikat-Nya membawanya di pundak mereka, dan
memerintahkan mereka pula untuk membawa Adam berkeliling di Langit dan
mempertunjukkan padanya keindahan-keindahan Kerajaan-Nya.
Ibn ‘Abbas radhiy-Allahu ‘anhu berkata, Penciptaan
Adam adalah pada hari Jumat di sore hari. Allah kemudian menciptakan baginya
Hawa’, istrinya, dari satu tulang rusuk kirinya ketika ia sedang tertidur. Saat
ia bangun dan melihat Hawa’, Adam merasa tenteram dengannya, dan ia mulai
merentangkan tangannya ke Hawa’. Malaikat berkata, “Berhenti, Adam.” Adam
berkata, “Kenapa, tidakkah Allah menciptakannya untukku?” Mereka menjawab,
“Tidak boleh hingga kau membayar mas kawin padanya”. Adam bertanya, “Apa mas
kawinnya?” Para Malaikat menjawab, “Dengan membaca salawat atas Muhammad tiga
kali.” [dan dalam riwayat lain, dua puluh kali].
Telah pula diriwayatkan bahawa ketika Adam
‘alaihissalam meninggalkan Syurga, ia melihat tertulis di kaki ‘Arasy dan di
setiap titik dalam Syurga, nama Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam di
samping nama Allah. Adam bertanya, “Wahai Tuhan, siapakah Muhammad?” Allah
menjawab, “Dia adalah anakmu, yang jika seandainya tidak demi dirinya, tentu
Aku tidak akan menciptakanmu.” Kemudian Adam berkata, “Wahai Tuhan, demi anak
ini, kurniakanlah rahmat pada ayahnya.” Allah memanggil, “Wahai Adam,
seandainya engkau akan bersyafa’at melalui Muhammad sall-Allahu ‘alaihi
wasallam bagi seluruh penduduk Langit dan Bumi, Kami akan kabulkan permohonan
syafa’atmu.”
‘Umar Ibn al-Khattab radhiy-Allahu ‘anhu berkata
bahawa Sayyidina Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Ketika Adam
berbuat dosa, ia berkata, ‘Ya Allah, aku memohon kepadamu demi Muhammad untuk
mengampuniku.’ Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman padanya, ‘Bagaimana dirimu
tahu akan Muhammad padahal Aku belum menciptakannya?’ Adam menjawab, ‘Kerana
ketika Engkau, Ya Tuhanku, menciptakanku dengan Tangan-Mu, dan meniupkan padaku
dari Ruh-Mu, aku memandang ke atas dan melihat tertulis di kaki-kaki ‘Arasy,
Laa ilaaha illallah, Muhammadun Rasuulullah. Aku tahu bahawa Engkau tidak akan
menaruh suatu nama di samping Nama-Mu, melainkan pastilah itu adalah nama
seseorang yang paling Kau-cintai dari makhluq-Mu.’ Allah berfirman, ‘Oh, Adam,
kau telah mengatakan kebenaran: dialah yang paling Kucintai di antara makhluq
ciptaan-Ku. Dan kerana engkau telah memohon pada-Ku demi dirinya, engkau
kuampuni. Seandainya tidak untuk Muhammad, Aku tak akan menciptakanmu. Dialah
penutup para Nabi dari keturunanmu.’”
Dalam Hadits Salman radhiy-Allahu ‘anhu,
diriwayatkan bahawa Jibril ‘alaihissalam turun menemui Nabi sall-Allahu ‘alaihi
wasallam dan berkata, “Tuhanmu mengatakan, ‘Jika Aku telah menjadikan Ibrahim
sebagai yang Ku-cintai, sahabat dekat (khalil), Aku pun menganggapmu demikian.
Tak pernah Ku-ciptakan makhluq apa pun yang lebih berharga bagi-Ku daripada
dirimu, dan telah Ku-ciptakan dunia ini dan penduduknya dengan maksud untuk
membiarkan mereka mengetahui kehormatanmu dan mengetahui erti keberadaanmu
bagi-Ku; dan seandainya tidak untukmu, tidaklah Kuciptakan dunia ini’”.
Hawa’ ‘alaihassalam melahirkan empat puluh anak
dari Adam ‘alaihissalam, dalam dua puluh kali kelahiran; tetapi ia melahirkan
Seth [atau Syits] ‘alaihissalam secara terpisah, sebagai kehormatan bagi
junjungan kita Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam, yang cahayanya berpindah
dari Adam ke Seth. Sebelum wafatnya, Adam menitipkan pemeliharaan anak-anaknya
kepada Seth, dan ia pun, sebagai gilirannya, mempercayakan pada anak-anak
tersebut, wasiat dari Adam: untuk menaruh cahaya itu hanya pada wanita yang
suci. Wasiat ini berlanjut, abad demi abad, sampai Allah memberikan cahaya itu
kepada Abdul Muttalib dan puteranya, Abdullah. Dengan cara inilah, Allah
menjaga kemurnian silsilah tanpa cela dari Nabi Muhammad sall-Allahu ‘alayhi
wasallam, dari perzinaan orang-orang bodoh.
Ibn ‘Abbas radiyAllahu ‘anhu berkata, “Muhammad
sall-Allahu ‘alaihi wasallam bersabda, ‘Tak satu pun perzinaan jahil menyentuh
kelahiranku. Aku dilahirkan tidak lain hanya dengan pernikahan Islam.’”
Hisyam ibn Muhammad Al-Kalbi meriwayatkan bahawa
ayahnya berkata, “Aku menghitung bagi (silsilah) Nabi Muhammad sall-Allahu
‘alaihi wasallam ada lima ratus ribu ibu, dan tak kutemukan di antara mereka
satu jejak pun perzinaan, atau apa pun dari interaksi orang-orang bodoh.”
Ali radiyAllahu ‘anhu berkata bahawa Nabi
sall-Allahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Aku datang dari pernikahan, aku tidak
datang dari perzinaan; dari Adam hingga diriku dilahirkan dari ayah dan ibuku,
tak satu pun perzinaan orang jahil yang menyentuh diriku.”
Ibn ‘Abbas radiyAllahu ‘anhu berkata bahawa Nabi
Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Orang tua moyangku tak pernah
melakukan perzinaan. Allah menjaga memindahkanku dari sulbi yang baik ke rahim
yang suci, murni dan tersucikan; bila saja ada dua jalan untuk berpindah, aku
menuju ke yang terbaik di antara mereka.”
Anas radiyAllahu ‘anhu berkata bahawa Nabi Muhammad
sall-Allahu ‘alaihi wasallam membaca, “La qad jaa-akum Rasuulum min Anfusikum”
[QS. 9:128], dan bersabda, “Aku adalah yang terbaik di antara kalian dalam
silsilahku, dalam hubungan-hubungan-ku dan nenek moyangku: tak ada perzinaan
pada ayah-ayahku dalam setiap tingkat hingga ke Adam.”
‘Aisyah radiyAllahu ‘anhu meriwayatkan dari Nabi
sall-Allahu ‘alaihi wasallam bahawa Jibril ‘alaihissalam berkata, “Aku telah
meneliti Bumi dari timur ke barat, dan tak kutemui seorang manusia pun yang
lebih baik dari Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam, dan tak kutemui seorang
anak laki-laki dari ayah mana pun yang lebih baik dari anak-anak Hasyim (Bani
Hasyim).”
Dalam Sahih Al-Bukhari, Abu Hurairah radiyAllahu
‘anhu meriwayatkan bahawa Nabi sall-Allahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Aku telah
diutus dari generasi terbaik dari Anak-anak Adam, satu demi satu hingga aku
mencapai keadaanku sekarang ini.”
Dalam Sahih Muslim, Watsila ibn al-Aska’
meriwayatkan bahawa Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Allah
telah memilih Kinana dari anak-anak Isma’il, dan Quraisy dari Kinana, dan dari
Quraish, anak-anak Hasyim, dan akhirnya memilihku dari Bani Hasyim.”
Al ‘Abbas radiyAllahu ‘anhu berkata Nabi Muhammad
sall-Allahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Allah menciptakan makhluq, dan
menempatkanku dalam kelompok-kelompok terbaik, dan yang terbaik dari dua
kelompok; kemudian Ia memilih suku, dan menaruhku pada yang terbaik di antara
keluarga-keluarga mereka. Kerana itulah, aku memiliki keperibadian terbaik, roh
dan sifat terbaik, dan memiliki asal-usul terbaik di antara mereka.”
Ibn ‘Umar radiyAllahu ‘anhu berkata bahawa Muhammad
sall-Allahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Allah memeriksa ciptaan-Nya dan memilih
Bani Adam (manusia) dari mereka; Ia memeriksa Bani Adam dan memilih orang-orang
Arab darinya; Ia memeriksa kaum Arab dan memilihku dari antara mereka.
Kerananya, aku selalu menjadi yang terpilih di antara yang terpilih. Lihatlah,
orang-orang yang mencintai kaum Arab, adalah kerana cinta kepadaku hingga
mereka mencintai kaum Arab, dan mereka yang membenci kaum Arab, adalah kerana
mereka membenciku hingga mereka pun membenci Arab.”
Ketahuilah bahawa Muhammad sall-Allahu ‘alaihi
wasallam tidaklah terkait (memiliki) secara langsung pada saudara laki-laki
atau perempuan siapa pun dari orang tua-orang tuanya; beliau sall-Allahu
‘alaihi wasallam adalah anak satu-satunya mereka dan silsilah mereka berhenti
pada beliau. Dengan begitu, beliau secara eksklusif ‘memegang penuh’ suatu
silsilah yang Allah (SWT)inginkan menjadi yang tertinggi yang dapat dicapai
suatu kenabian, dan yang memegang puncak kehormatan.
Jika Anda memeriksa status silsilah beliau
sall-Allahu ‘alaihi wasallam dan mengetahui kesucian kelahiran beliau
sall-Allahu ‘alaihi wasallam, Anda akan yakin bahawa silsilah beliau adalah
suatu keturunan dari ayah-ayah yang terhormat, kerana beliau adalah Al-Nabi
sall-Allahu ‘alaihi wasallam, Al ‘Arabi sall-Allahu ‘alaihi wasallam, Al Abtahi
sall-Allahu ‘alaihi wasallam, Al Harami sall-Allahu ‘alaihi wasallam, Al
Hasyimi sall-Allahu ‘alaihi wasallam, Al Quraisyi sall-Allahu ‘alaihi wasallam,
elite dari Bani Hasyim, seseorang yang telah dipilih dari suku-suku terunggul
bangsa Arab, dari silsilah terbaik, keturunan paling mulia, cabang yang paling
subur, pilar tertinggi, asal usul terbaik, akar-akar terkuat, memiliki lidah
terfasih, gaya bicara terhalus, darjat kebajikan) yang paling memberatkan, iman
paling sempurna, persahabatan paling kuat, kaum kerabat paling terhormat dari
kedua pihak orang tua, dan dari tanah Allah yang paling mulia. Beliau sall-Allahu
‘alaihi wasallam memiliki banyak nama dan yang paling terkemuka adalah Muhammad
sall-Allahu ‘alaihi wasallam ibn (putera) Abdullah. Beliau juga adalah putera
Abdul Muttalib, yang namanya adalah Syaybat-ul Hamd, anak Hasyim, yang namanya
adalah Amr; anak dari Abd Manaaf, yang namanya adalah al-Mughiirah, anak dari
Qusai, yang namanya adalah Mujammi’, anak dari Kilaab, yang namanya Hakiim, ibn
Murra, ibn Ka’b (dari suku Quraisy), ibn Lu’ai, ibn Ghalib, ibn Fihr, yang
namanya adalah Kinana, ibn Khuzaima, ibn Mudrika, ibn Ilias, ibn Mudhar, ibn
Nizar, ibn Ma’add, ibn Adnan.
Ibn Dihia berkata, “Para ulama setuju dan
kesepakatan ulama adalah bukti bahawa Nabi Muhammad sall-Allahu ‘alaihi
wasallam telah menyebutkan silsilah beliau hingga Adnan, dan tidak menyebutkan
di atas itu.”
Ibn ‘Abbas radiyAllahu ‘anhu meriwayatkan bahawa
bila saja Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam menyebutkan silsilahnya beliau
tak pernah menyebut di atas Ma’add, ibn Adnan, dan akan berhenti, dengan
mengatakan, “Para genealogis (ahli silsilah) telah berbohong.” Beliau akan
mengulangi ucapannya itu dua atau tiga kali. Ibn ‘Abbas juga berkata, “Di
antara Adnan dan Isma’il ada tiga puluh ayah yang tak diketahui [namanya,
red.].”
Ka’b al-Ahbaar radiyAllahu ‘anhu berkata, “Ketika
cahaya Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam sampai pada Abdul Muttalib, dan
dia telah mencapai usia kedewasaan, dia tidur suatu hari di halaman Ka’bah;
ketika ia bangun, matanya terhitamkan dengan antimony (kohl), rambutnya
terminyaki, ia terhiasi dengan jubah yang indah dan cantik. Ia terkejut, tak
mengetahui siapa yang telah melakukan hal itu padanya. Ayahnya menggapai
tangannya dan segera membawanya ke tukang ramal Quraisy; mereka menasihatinya
untuk menikah, dan ia pun menikah. Bau dari misk terbaik biasa memancar keluar
dari dirinya, dengan Nur (cahaya) dari Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam
berkilauan dari dahinya. Bila saja terjadi kekeringan, kaum Quraisy biasa
membawanya ke Gunung Tsabiir, dan berdoa kepada Allah melalui dirinya memohon
Allah untuk menurunkan hujan. Allah akan menjawab doa mereka dan menurunkan
hujan kerana barakah dari Nur Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam.”
Ketika Abrahah, raja Yaman datang untuk
menghancurkan rumah suci (Ka’bah) dan khabar tentang ini sampai ke kaum
Quraisy, Abd al-Muttalib berkata pada mereka, “Ia tak akan sampai ke Rumah ini,
kerana Rumah ini di bawah perlindungan Tuhannya.” Dalam perjalanannya ke
Makkah, Abrahah menjarah unta-unta dan domba kaum Quraisy, di antaranya empat
ratus unta betina milik Abd Al-Muttalib. Ia dan banyak dari kaum Quraisy pergi
ke Gunung Tsabiir. Setelah mendaki gunung tersebut, cahaya dari NabiyAllah
sall-Allahu ‘alaihi wasallam muncul dalam bentuk suatu lingkaran di dahinya
seperti sebuah bulan sabit, dan sinarnya terpantulkan ke Rumah Suci Ka’bah.
Ketika ‘Abdul Muttalib melihat hal itu, ia berkata, “Wahai, kaum Quraisy,
engkau boleh kembali sekarang, sudah aman. Demi Allah, kini cahaya ini telah
membentuk suatu lingkaran pada diriku, tak ada keraguan bahawa kemenangan
menjadi milik kita.”
Mereka kembali ke Makkah, di mana mereka bertemu
seorang laki-laki yang diutus Abrahah. Saat melihat wajah ‘Abdul Muttalib,
laki-laki tersebut tertegun, lidahnya tergagap-gagap. Ia pun pingsan, sambil
melenguh seperti lembu jantan yang tengah disembelih. Ketika ia sedar kembali,
ia pun jatuh bersujud kepada Abdul Muttalib, sambil berkata, “Aku bersaksi
bahawa engkau benar-benar Pemimpin Kaum Quraisy.”
Telah diriwayatkan pula bahawa ketika Abdul
Muttalib muncul di depan Abrahah, gajah putih yang besar dalam pasukannya
melihat ke wajah Abdul Muttalib dan jatuh berlutut seperti seekor unta, dan
jatuh bersujud. Allah membuat gajah tersebut berbicara, berkata, “Keselamatan
bagi cahaya di sulbimu, wahai Abd al-Muttalib.” Ketika pasukan Abrahah mendekat
untuk menghancurkan Ka’bah suci, gajah tadi berlutut kembali. Mereka
memukulinya kepalanya dengan hebat untuk membuatnya berdiri, yang tak mahu ia
lakukan. Tetapi, ketika mereka memutarnya menuju Yaman, ia pun berdiri.
Kemudian Allah mengirimkan untuk melawan mereka, armada-armada burung dari
lautan, setiap ekor dari mereka membawa tiga batu: satu dalam paruhnya, dan
satu dalam setiap cakar kakinya. Batu-batu itu memiliki ukuran seperti
miju-miju, dan jika satu batu mengenai seorang prajurit, prajurit itu akan terbunuh.
Pasukan Abrahah lari tunggang langgang. Abrahah sendiri terserang suatu
penyakit. Hujung jari-hujung jarinya terlepas, satu demi satu. Tubuhnya
mengeluarkan darah dan nanah, dan akhirnya jantungnya terbelah, dan ia pun
tewas.
Peristiwa inilah yang diacu oleh Allah ketika Ia
berfirman pada Nabi-Nya sall-Allahu ‘alaihi wasallam, mengatakan, “Tahukah
engkau bagaimana Tuhanmu memperlakukan Pasukan Gajah…” (QS Al-Fiil:1-5).
Peristiwa ini adalah suatu tanda akan martabat dari junjungan kita, Muhammad sall-Allahu
‘alaihi wasallam, dan suatu tanda akan kenabiannya, dan kedudukannya. Peristiwa
ini juga menunjukkan kehormatan yang dikurniakan pada masyarakatnya, dan
bagaimana mereka dilindungi, yang membuat kaum Arab menyerah pada mereka, dan
percaya pada kemuliaan dan keunggulan mereka, kerana adanya perlindungan Allah
atas diri mereka dan pembelaan-Nya pada mereka melawan plot dari Abrahah yang
seakan-akan tak terkalahkan.
Waallahhu a'lam . :-)